Thursday, February 26, 2009

ADAKAH ANDA INGIN MENJADI SEORANG KAUNSELOR???


KAUNSELOR IALAH SEORANG YANG..
~Sanggup mendengar semua persoalan anda
~Menerima tanpa syarat
~Menerima dan merahsiakan apa yang anda katakan
~Menghormati diri anda sebagai seorang individu


BAGAIMANA CARA BERJUMPA DENGAN KAUNSELOR
~Datang seorang atau dengan rakan-rakan anda
~Datang memberitahu KAUNSELOR suatu tarikh yang boleh ditentukan utk sesi kaunseling
~Mengisi borang temujanji kaunseling yang didapati di bilik kaunseling


BAGAIMANA KAUNSELING DIJALANKAN
~Kaunseling Individu:
pertemuan anda dengan kaunselor anda
~Kaunseling Kelompok:
pertemuan anda dan rakan-rakan anda dengan kaunselor


APAKAH PERKHIDMATAN KAUNSELING?

~Perkhidmatan percuma ini disediakan kepada anda untuk menolong anda menyelesaikan persoalan-persoalan mengenai:
~peribadi dan emosi anda
~perlakuan yang tidak waras, pendiam, susah bergaul dan selalu berpandangan negatif
~perkembangan pelajaran
~belajar dengan lebih berkesan
~memilih kerjaya dan merancang masa depan
~menghisap rokok, menghidu gam dan menyalahguna dadah
~ujian personaliti


KAUNSELING BUKAN UNTUK
~Mempengaruhi kepercayaan, fikiran, perasaan, kelakuan dan sikap individu
~Menyelesaikan masalah individu
~Memberi nasihat atau pandangan
~Memberi maklumat sahaja
~Menemuramah atau berbual tanpa tujuan
~Menilai kekuatan dan kelemahan individu


MATLAMAT KAUNSELING
~Supaya individu memahami diri dan situasinya
~Supaya individu menerima diri dan situasinya serta mempunyai pandangan yang lebih objektif dan realistik
~Supaya individu mengenalpasti keperluannya
~Supaya individu dapat membuat rancangan yang realistik dalam kehidupannya


APAKAH PENGALAMAN YANG BOLEH ANDA PEROLEH MELALUI KAUNSELING
~Kesedaran kendiri tentang kekuatan dan kelemahan anda
~Melihat kejujuran, keberanian dan sikap terbuka anda
~Melatih bagaimana menyelesaikan masalah dalam kehidupan
~Mempunyai perasaan positif dan simpati terhadap orang lain
~Mengembangkan bakat, minat, kebolehan dan potensi anda


APAKAH KAUNSELING KELOMPOK
~Kaunseling ialah pertemuan antara seorang kaunselor dengan beberapa orang (antara 3-10) peserta atau klien
~Dalam situasi ini ahli-ahli berinteraksi antara satu sama lain (bukan dengan kaunselor sahaja)
~Ahli-ahli tolong-menolong antara satu sama lain dalam proses mengenal diri
~Ahli-ahli cuba mengatasi masalah masing-masing untuk mencapai matlamat yang ditentukan


PERSOALAN-PERSOALAN YANG BOLEH DIBINCANGKAN DALAM KAUNSELING KELOMPOK
~Pelajaran
~Penyesuaian sekolah dan rumah
~Masalah berkaitan dengan situasi sosial
~Kerjaya
~Personaliti/Peribadi


MATLAMAT KELOMPOK
~Membantu pertumbuhan pelajar-pelajar dalam bidang akademik serta mewujudkan interaksi individu yang lebih sihat
~Mewujudkan program pencegahan yang boleh mengurangkan krisis dalam diri dan krisis antara individu
~Mengurangkan masalah disiplin serat mewujudkan suasana lebih seronok di sekolah


FAEDAH KAUNSELING KELOMPOK
~Peserta lebih memahami pelbagai ragam manusia lain dan mengetahui bagaimana orang lain mempersepsikan sesuatu
~Peserta lebih menghormati orang lain terutamanya mereka yang berbeza daripada dirinya sendiri
~Peserta mempelajari kemahiran-kemahiran sosial dalam berbicara dan juga berhubung dengan orang lain
~Peserta mengenalkan keperibadian dirinya supaya dapat mewujudkan perasaan sejiwa (belonging) hasil daripada penyertaaan dalam kelompok seseorang ahli itu dihormati dan diterima oleh ahli-ahli lain


PERANAN KAUNSELOR/FASILITATOR
~Memandu kelompok dalam interaksi dan perkembangannya
~Menggalakkan pertumbuhan interaksi, pilihan, mengenal diri dan perpaduan kelompok
~Mengimbangkan kadar penglibatan dan interaksi ahli menurut keperluan diri dan keperluan kelompok

Wednesday, February 11, 2009

TEPUK DADA TANYA SELERA???




CINTA


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka




Monday, February 9, 2009

Wanita Itu Sendiri Adalah Rahsia...



Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita
cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik
atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

"PEREMPUAN...AKAL SETIPIS RAMBUT..."


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali.