Monday, January 12, 2009

MENANGIS: SeNsiTiF @ LeMbiK??

JARANG-JARANG rasanya dapat melihat lelaki menitiskan air mata tetapi hakikatnya, mereka juga menangis. Mungkin ramai lelaki, yang egonya keterlaluan, menafikannya kenyataan ini tetapi usahlah membuang masa, sudah terang lagi mahu bersuluh, lelaki juga menangis! Ramai lelaki tidak mahu mengakui yang hati mereka mudah tersentuh, mata mudah bergenang, senang terasa sebak lalu menitiskan air mata kerana kononnya lelaki yang menangis, tidak macho (tidak jantan). Relevankah? Cuba kita perhatikan sekeliling, tidak perlu jauh, perhatikan bapa atau datuk, abang juga adik lelaki, paling tidak teman lelaki atau suami, betapa mudah juga mereka berasa sebab, menitiskan air mata, petanda mereka juga manusia biasa, tiada yang luar biasa, ada emosi, punya rasa.

"Lelaki yang kata mereka tidak menangis kerana kononnya kalau menangis tidak macho, pada saya mereka 'bodoh'. Hal emosi, suka, gembira, duka, apatah lagi menangis tiada kena-mengena dengan soal macho, kejantanan atau kelakian. "Lelaki juga ada hak dan berhak menangis. Ia membabitkan hal keperimanusiaan, soal hati dan perasaan, tidak kira yang gembira atau menyedihkan," kata Azhar Khairuddin, 46. Azhar yang bertugas sebagai Pengarah Urusan mengakui dia seorang lelaki yang amat mudah menitiskan air mata.

Hal membabitkan kanak-kanak juga orang tua amat mudah membuat hatinya tersentuh dan tanpa disedari air mata menitis membasahi pipi. Bagi Azhar, sifatnya itu bukan sesuatu yang memalukan malah dia bangga berperasaan begitu kerana ia menandakan ia seorang manusia yang sensitif dan berhati perut. "Kisah kanak-kanak didera dan orang tua yang dihantar ke pusat penjagaan orang tua paling mudah membuat saya sebak. Saya sering bertanya pada diri sendiri manusia bagaimana yang sanggup menganiaya dan mendera kanak-kanak begitu kejam dan anak bagaimana yang sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua. "Pada saya, jawapan mahukan ibu bapa mendapat penjagaan lebih baik di rumah orang tua langsung tidak boleh diterima. Kita sebagai anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa sampai bila-bila sebagaimana ibu bapa menjaga kita kalan senang mahupun susah," katanya yang pernah 'memukul' adiknya gara-gara meninggikan sedikit suara ketika bercakap dengan ibu satu ketika dulu.

Selain isu kanak-kanak dan orang tua, Azhar yang pernah mengetuai misi bantuan kemanusiaan pemuda Umno di Afghanistan beberapa tahun lalu, juga mudah tersentuh dalam perkara berkaitan semangat patriotisme. Penulis yang juga mengikuti misi berkenaan bersama Azhar, menyaksikan 'kelembutan' hati beliau dengan mata kepala sendiri. Dalam semangat berkobar menyanyikan lagu Negaraku, air matanya meleleh membasahi pipi. Satu perkara yang lebih menggelikan hati mengenai Azhar, dia juga tidak boleh mendengar apatah lagi menyanyikan lagu raya bertajuk Satu hari di Hari Raya nyanyian bertajuk M Nasir. "Terutama liriknya yang berbunyi Ku lihat wajah suci ibuku, Ku lihat wajah kasih ayahku, Ku gembira, Mungkin inilah dia kebahagiaan, ia benar-benar menyentuh hati saya," katanya yang juga menitiskan air mata tiap kali takbir raya bergema.
Jurutera, Rashdan Rosli, 37, juga seperti Azhar. Tidak langsung terfikir kelelakiannya tercabar hanya kerana tidak lokek menitiskan air mata. Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang sensitif, Rashdan bukan saja menangis ketika sedih malah saat gembira juga mampu membuatkan beliau menitiskan air mata. "Saya menangis sedih paling teruk ketika datuk meninggal dunia pada 1997 dulu. Saya amat rapat dengannya dan pemergiannya membuatkan saya rasa kehilangan sesuatu yang amat berharga. "Saya juga menangis gembira ketika lulus ujian kejuruteraan dulu. Terlalu gembira. Kesimpulannya, tidak bermakna apabila lelaki menangis, lelaki itu tak kuat, tak 'jantan', tak macho, cuma hati tersentuh dengan sesuatu kejadian," katanya yang mudah menitiskan air melihat kanak-kanak dianiaya dan didera.
Nyata Azhar dan Rashdan manusia normal jika melihat pada penjelasan pakar psikiatri University of Minnesota, Dr William Frey seperti dipetik daripada Wikipedia. Katanya, dalam soal menangis, tiada beza antara lelaki dan wanita. lelaki dan wanita mengalami tekanan emosi yang serupa dan lelaki seperti wanita juga berhak untuk menangis supaya jiwanya tidak tertekan. Cuma, katanya, lelaki sengaja menahan air matanya supaya tampak perkasa dan jantan. Ia berkaitan dengan cara didikan. lelaki diajar tidak boleh menangis, mereka harus menahan rasa sedih dan menitiskan air mata. "Kalau perempuan menangis, ia perkara biasa. Anggapan ini semua hanyalah satu budaya, yang diamalkan turun-temurun.
Hakikatnya, lelaki juga menangis apabila berlakus esuatu yang menyentuh hati mereka. Malah, dalam keadaan tertentu, mereka boleh menangis tersedu-sedu seperti anak kecil," katanya. Oleh itu, lelaki, jejaka sekalian, jangan takut untuk menangis. Ia perkara yang perlu dilakukan. Buat apa menahan sedih hingga terasa sebab di dada. takut dianggap lembik, tidak macho oleh wanita? Jangan! Itu tindakan dan andaian yang salah.
INFO: Menangis Menangis adalah satu akitiviti normal manusia. Tidak kira anda lelaki atau wanita, kedua-duanya mempunyai hak yang sama untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata. Ada bermacam-macam jenis `menangis’ dan semuanya mempunyai kaitan dengan faktor psikologi, kimia dan komposisi hormon. Mata juga boleh bergenang, berair dan merembeskan air mata ketika memotong bawang umpamanya; air mata meleleh ketika mengalami saat sukar atau sekadar mengimbas kembali kenangan dan pengalaman pahit. Air mata yang bergenang adakalanya diikuti dengan tangisan yang lebih kuat hingga tersedu-sedu seperti kanak-kanak. Kajian menunjukkan ramai yang tertekan berasa lega selepas menangis begini. Inilah yang dikatakan 'tangisan yang berkesan', memberi kesan yang baik pada emosi seseorang sebagaimana ketawa

PrOgRaM ReALiTi...

Beberapa tahu kebelakangan ini kita sering disajikan dengan pelbagai rancangan hibutan berbentuk realiti tv...sebut saja rancangan Akademi Fantasia(AF), One In a Million(OIM), Gang Starz, Sehati Berdansa dan seumpama dengannya pasti semua akan sibuk bercerita tentang artis-artis yang menjadi pilihan masing-masing...dari yang berumur setahun jagung hinggalah yang telah senja, masing-masing sibuk bercerita pasal program realiti...lebih malang lagi apabila mereka sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk mempastikan artis pilihan mereka tidak tersingkir bagi melayakkan diri ke peringkat yang seterusnya...malah,ada dalam kalangan kita juga yang tidak segan silu menangis apabila episod penyingkiran berlaku...tidak sedarkah kita bahawa itu semua adalah antara strategi pihak penganjur untuk mengaut keuntungan semata-mata...melihatkan situasi sekarang, secara jujurnya saya berasa sangat bimbang...apa tidaknya, peserta-peserta yang menyertai program ini semuanya masih muda belia...mereka sepatutnya meneruskan pengajian sehingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi...betul, memang tidak semua peserta tersebut terdiri daripada mereka yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi...ada dalam kalangan mereka yang cukup setakat tamat persekolahan sahaja..namun bukan ini yang menjadi persoalannya sekarang kerana alangkah eloknya jika anak-anak yang masih dibangku sekolah dibekalkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang mencukupi sebagai bekalan untuk menghadapi cabaran globalisasi pada masa hadapan...lebih menyedihkan apabila segelintir ibu bapa sanggup bersusah payah untuk menghantar anak-anak menyertai uji bakat sesuatu program realiti dengan alasan 'mengasah bakat'...namun, apa sangatlah bakat dalam bidang hiburan berbanding bakat untuk bergelar pemimpin negara kelak...sedarlah...kita semua sedang lalai apabila disogokkan dengan pelbagai program realiti pada masa sekarang...lebih menyedihkan apabila para pelajar IPT dan kanak-kanak sekolah turut terlibat dengan program-program yang melalaikan di media massa...berhibur tidak salah, namun jika ia dilakukan secara berlebihan ia mungkin akan memudaratkan kita semua terutamanya generasi muda yang tentunya bakal menjadi pelapis negara kelak...fikir-fikirkanlah...

Saturday, January 10, 2009

LeLaKi PiLiHaN AnDa??? TePuK DaDa TaNyA SeLeRa...

Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup bukan semudah memilih baju untuk hadir majlis hari jadi. Jika baju, tak suka yang itu, pilih saja yang ini. Kalau warnanya seperti tidak match, pilih saja warna yang lain. Bagaimana hendak mengenal lelaki yang sesuai, baik dan serasi? Persoalan ini memang patut menghantui setiap orang sebab tersalah pilih, hidup akan menjadi amat tidak selesa. Macam-macam perkara boleh ditimbulkan oleh sang lelaki, tatkala dia sudah pun bergelar suami. Tidak semudah menukar baju jika ingin lari darinya. Malah dia bagaikan baju plastik yang melekat di badan.
1. Bagaimana Agamanya
Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama, (terutama sembahyang fardu), usahlah harapkan sesuatu yang menarik daripadanya. Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan semuanya, tetapi tanpa haluan menuju ketuhanan, dia bukanlah pilihan terbaik. Betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik, tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. Agama diturunkan untuk memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk selamat. Dalam soal ini tiada siapa terkecuali.
2. Bagaimana Dia Melayani Ibu Bapanya
Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya. Anda boleh lihat dengan jelas akan hal ini. Jika dia menangguhkan pulang ke kampung semata-mata untuk anda, dia bukanlah seorang family man, lantas bukanlah calon terbaik untuk menepati ciri-ciri lelaki pilihan. Seorang lelaki yang mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang yang boleh diharap.
3. Bagaimana Dia Berkelakuan Sewaktu Bersama Anda
Jika dia demand beberapa hal yang tidak munasabah dan “tidak boleh” sebelum masanya, dia bukanlah lelaki yang terbaik. Cinta tidak perlu dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang yang membawa kemurkaan TUHAN. Ramai wanita silap dalam menafsirkan pengorbanan cinta. Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang sejati, tetapi tidak usah hingga terkorban diri. Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi.
4. Bagaimana Keluarga Melayaninya
Jika boleh dapatkanlah latarbelakang keluarganya. Keluarga yang rosak dan porak peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak dan juga porak peranda. Perhati juga bagaimana keluarga melayaninya. Jika keluarga baik terhadapnya, itu menandakan dia baik terhadap keluarga.
5. Siapa Sahabatnya
Bagi mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya. Sahabatnya adalah cermin untuk dirinya. Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka yang baik budi pekerti serta boleh diharap, dia juga sama. Sebaliknya jika dia hanya bergaul dengan orang yang rosak akhlak, dia juga mungkin tidak terkecuali.
6. Apakah Kegiatan Hidupnya
Jika dialah pilihan anda dan putus untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan, usah ambil mudah tentang aktiviti hidupnya, maksud saya pekerjaan serta kegemaran serta wawasannya. Ini penting sekali sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa kegiatan hidupnya serta apa kegemarannya juga apa wawasannya. Pastikan dia mempunyai pekerjaan, tidak semestinya makan gaji, perniagaan juga baik. Pertanian, perladangan, penternakan dan juga perikanan juga baik. Semua itu bidang pekerjaan yang mulia. Ramai orang tidak kisah dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu di alam percintaan, kemudian menanggung derita setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya dia tiada pekerjaan, pemalas bahkan penagih dadah. Sukailah dia dan sukailah pekerjaannya, selagi halal, adalah mulia di sisi ALLAH.
7. Lihatlah Diri Anda Sendiri
Lihatlah diri anda sendiri. Bagaimana lelaki yang anda inginkan begitulah diri anda sebenarnya. Jika anda memiliki akhlak yang baik, dia semestinya juga begitu. Jarang orang yang tidak sama peribadi boleh menjalin hubungan intim dan penuh persefahaman.

Oh KaWeN...

Sekarang ni saya dan kawan-kawan sudah berada pada semester 6...semester yang dianggap agak panas...he3...bukan apa, dipenghujung semester ni ramai yang sibuk nak bertunang la...merancang nak berkahwin la... jangan terkejut jika ramai dalam kalangan kawan-kawan kita ni yang sudah pun menjadi tunangan orang...oppss,he3...jika dilihat situasi sekarang ni seolah-olah sudah menjadi satu trend warga UPSI, masuk je semester akhir sibuk nak fikirkan pasal kahwin...alasannya???tak mahu dipostingkan jauh-jauh...he2..sesetengah orang berpendapat UPSI ni sebagai Universiti Pertemuan Suami Isteri...ramai pasangan-pasangan dari UPSI yang berjaya membina mahligai impian masing-masing...Tengok saja En.Mat Nor Idris kita sebagai contoh..Opsss..En. Aziz Yatim cakap, sudah tiba masanya pelajar-pelajar buka mata untuk mencari pasangan bagi yang belum ada...bagi yang belum ada pasangan juga katanya, semester 6 boleh menimbulkan kerisauan kerana para pelajar masih ada satu semester lagi untuk meninggalkan kehidupan di kampus...hmm...walau bagaimanapun itu hanyalah pendapat peribadi beliau sendiri...kadang-kadang benda ni juga bergantung pada kekuatan akal fikiran serta diri individu itu sendiri...saya percaya jodoh juga perlu dicari dan tidak mengharapkan dia datang bergolek di depan mata...fikir-fikirkan lah...bagi yang sudah berteman tak kira dari kalangan warga UPSI juga ataupun tidak, saya ucapkan tahniah dan semoga kalian semua berbahagia...namun bagi yang masih belum 'bertemu' calon pilihan...jangan risau-risau ya...perjalanan kita masih lagi panjang...banyak lagi perkara yang bakal kita tempuhi kelak...bagi yang masih lagi tercari-cari calon pilihan hati, teruskanlah usaha anda semoga apa yang anda impikan berjaya dicapai...