Thursday, April 9, 2009

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR


Peringkat : Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah/Rendah
Jawatan : Pegawai Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (DG3/DG6)
~Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sekolah.
~Mengenal pasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.

~Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.

~Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

~Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

~Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.

~Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

~Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPVM dan STPM.

~Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

~Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

~Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

~Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

~Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

~Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

~Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

~Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

~Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

~Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

~Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.

~Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah

~Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

~Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
~Mengenal pasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan , soal selidik , temu bual dan perbincangan dengan pelajar , guru , pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.

~Merancang ,mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
~Mengumpul ,menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai .

~Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum .

~Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika .

~Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

~Merancang, melaksana dan mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan UPSR dan Ujian Bulanan

~Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah , rokok dan alkohol.

~Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah terpilih.

~Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

~Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru , kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

~Membuat penilaian aktiviti , modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

~Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan beban resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

~Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

~Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

~Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru , kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.

~Menjadi personel perhubungan /seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

~Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

~Menjadi Ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah

~Menjadi Penyelaras dalam Program Mentor-Mentee sekolah.
~Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri , kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


PERANAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) boleh membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program bimbingan di sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. PRS ini merupakan khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah atau hal yang mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih berkesan lagi. Di tiap-tiap sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh menerima dan membina perhubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah. Pengaruh rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja ini. Oleh itu, dengan latihan dan asuhan yang sesuai, Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah diwujudkan di sekolah. Nama-nama lain yang mempunyai sama konsep dengan PRS ialah Kaunselor Sebaya, Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, Kakak/Abang Angkat atau Kelompok Sebaya Sokongan.


Tugas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS):
~Merapati rakan sebaya dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujuk mereka kepada guru bimbingan dan kaunseling
~Menjadi pendengar yang peka kepada curahan perasaan rakan sebaya dan memberi sokongan emosi dalam keadaan krisis.
~Memberi penjelasan mengenai bahaya penggunaan dadah, arak, merokok, hubungan jantina, dan pencabulan kehormatan. Mrujuk, jika perlu, kepada guru bimbingan dan kaunseling dengan persetujuan mereka.
~Membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik melalui sistem mentor atau tutor sebaya.
~Membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok.
~Membantu dalam memberi latihan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan dan kemahiran kaunseling kepada rakan sebaya.
~Membantu dalam melatih kumpulan sebaya untuk persediaan sebagai Pembimbing ~Membantu dalam aktiviti orientasi pelajar baru, mengelolakan unit bimbingan sekolah, perpustakaan bimbingan, papan kenyataan bimbingan dan aktiviti lain yang ada kaitan ~Menjadi penggerak kepada ahli-ahli unit untuk melaksanakan aktiviti sekolah.

TUGAS KETUA BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1. Inventori Individu Dan Rekod
~Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang pelajar
~Bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar.
~Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling.
~Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar.
~Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan. Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar


2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat
~Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan pelajaran kepada pelajar, misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah.
~Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi.
~Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat.
~Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan lain.
~Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat.
~Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya merokok dan inhalen.


3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
~Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral agama pelajar.
~Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu, misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa.
~Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan, SPM, SPMV dan STPM.
~Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti mereka.


4. Perkhidmatan Kaunseling
Kaunseling dengan pelajar secara individu atau kelompok mengenai:
~Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.
~Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.
~Kerjaya, pelajaran dan peribadi.
~Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum.
~Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, mrokok, bertumbuk dan menggunakan dadah dan bahan inhalen.
~Kaunseling keluarga. Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru kaunseling boleh mengendalikannya.
~Kaunseling tunjuk ajar -Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen.


5. Perkhidmatan Penempatan
Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan kemampuan.
~Penempatan pekerjaan
~Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika program seumpama ini diadakan).
~Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik).
~Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki institusi-institusi pekerjaan.


6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen
~Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan inhalen.
~Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan.
~Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerian atau jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah diperingkat sekolah.


7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan
~Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta.
~Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah.
~Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar.
~Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah.
~Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar.
~Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.


8. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa
~Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran.
~Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan.
~Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru.
~Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di kalangan pelajar.
~Mengadakan kaunseling keluarga jika dikenal pasti bahawa masalah yang dihadapi pelajar berpunca daripada keluarga


9. Perkhidmatan Penyelarasan Resos
~Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain.
~Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
~Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
~Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat.


10. Perkhidmatan Penilaian
~Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Pembimbing
~Rakan Dinamik, Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar.
~Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.


11. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi
~Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling, seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan rekod, perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian.


KAUNSELING...

APAKAH KAUNSELING??
Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan merupakan aktiviti memberi nasihat . Dalam proses menolong , seorang kaunselor akan membina satu perhubungan yang profesional dengan klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangannya kebolehan , kemampuan dan keupayaannya . Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi hidupnya. Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti hidupnya lalu boleh membuat rancangan untuk masa depannya.
BIDANG TUGAS GURU DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Tugas-tugas yang dijalankan adalah berdasarkan kepada 10 jenis khidmat utama program bimbingan yang dijalankan di sekolah. Penerangan tugas yang disenaraikan seperti yang berikut ini bukan mengikut keutamaan. Keutamaan tugas bergantung kepada keadaan dan keperluan pelajar, sekolah dan komuniti di mana program bimbingan itu diadakan.
KETUA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
(Guru yang terlatih dalam bidang bimbingan dan kaunseling secara khusus. Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang sudah mendapat latihan secara khusus dalam bidang bimbingan dan kaunseling dari Maktab Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Sultan Idris, Institut Perguruan Darul Aman, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia, dan universiti-universiti di luar dan di dalam negeri yang lain).

Thursday, February 26, 2009

ADAKAH ANDA INGIN MENJADI SEORANG KAUNSELOR???


KAUNSELOR IALAH SEORANG YANG..
~Sanggup mendengar semua persoalan anda
~Menerima tanpa syarat
~Menerima dan merahsiakan apa yang anda katakan
~Menghormati diri anda sebagai seorang individu


BAGAIMANA CARA BERJUMPA DENGAN KAUNSELOR
~Datang seorang atau dengan rakan-rakan anda
~Datang memberitahu KAUNSELOR suatu tarikh yang boleh ditentukan utk sesi kaunseling
~Mengisi borang temujanji kaunseling yang didapati di bilik kaunseling


BAGAIMANA KAUNSELING DIJALANKAN
~Kaunseling Individu:
pertemuan anda dengan kaunselor anda
~Kaunseling Kelompok:
pertemuan anda dan rakan-rakan anda dengan kaunselor


APAKAH PERKHIDMATAN KAUNSELING?

~Perkhidmatan percuma ini disediakan kepada anda untuk menolong anda menyelesaikan persoalan-persoalan mengenai:
~peribadi dan emosi anda
~perlakuan yang tidak waras, pendiam, susah bergaul dan selalu berpandangan negatif
~perkembangan pelajaran
~belajar dengan lebih berkesan
~memilih kerjaya dan merancang masa depan
~menghisap rokok, menghidu gam dan menyalahguna dadah
~ujian personaliti


KAUNSELING BUKAN UNTUK
~Mempengaruhi kepercayaan, fikiran, perasaan, kelakuan dan sikap individu
~Menyelesaikan masalah individu
~Memberi nasihat atau pandangan
~Memberi maklumat sahaja
~Menemuramah atau berbual tanpa tujuan
~Menilai kekuatan dan kelemahan individu


MATLAMAT KAUNSELING
~Supaya individu memahami diri dan situasinya
~Supaya individu menerima diri dan situasinya serta mempunyai pandangan yang lebih objektif dan realistik
~Supaya individu mengenalpasti keperluannya
~Supaya individu dapat membuat rancangan yang realistik dalam kehidupannya


APAKAH PENGALAMAN YANG BOLEH ANDA PEROLEH MELALUI KAUNSELING
~Kesedaran kendiri tentang kekuatan dan kelemahan anda
~Melihat kejujuran, keberanian dan sikap terbuka anda
~Melatih bagaimana menyelesaikan masalah dalam kehidupan
~Mempunyai perasaan positif dan simpati terhadap orang lain
~Mengembangkan bakat, minat, kebolehan dan potensi anda


APAKAH KAUNSELING KELOMPOK
~Kaunseling ialah pertemuan antara seorang kaunselor dengan beberapa orang (antara 3-10) peserta atau klien
~Dalam situasi ini ahli-ahli berinteraksi antara satu sama lain (bukan dengan kaunselor sahaja)
~Ahli-ahli tolong-menolong antara satu sama lain dalam proses mengenal diri
~Ahli-ahli cuba mengatasi masalah masing-masing untuk mencapai matlamat yang ditentukan


PERSOALAN-PERSOALAN YANG BOLEH DIBINCANGKAN DALAM KAUNSELING KELOMPOK
~Pelajaran
~Penyesuaian sekolah dan rumah
~Masalah berkaitan dengan situasi sosial
~Kerjaya
~Personaliti/Peribadi


MATLAMAT KELOMPOK
~Membantu pertumbuhan pelajar-pelajar dalam bidang akademik serta mewujudkan interaksi individu yang lebih sihat
~Mewujudkan program pencegahan yang boleh mengurangkan krisis dalam diri dan krisis antara individu
~Mengurangkan masalah disiplin serat mewujudkan suasana lebih seronok di sekolah


FAEDAH KAUNSELING KELOMPOK
~Peserta lebih memahami pelbagai ragam manusia lain dan mengetahui bagaimana orang lain mempersepsikan sesuatu
~Peserta lebih menghormati orang lain terutamanya mereka yang berbeza daripada dirinya sendiri
~Peserta mempelajari kemahiran-kemahiran sosial dalam berbicara dan juga berhubung dengan orang lain
~Peserta mengenalkan keperibadian dirinya supaya dapat mewujudkan perasaan sejiwa (belonging) hasil daripada penyertaaan dalam kelompok seseorang ahli itu dihormati dan diterima oleh ahli-ahli lain


PERANAN KAUNSELOR/FASILITATOR
~Memandu kelompok dalam interaksi dan perkembangannya
~Menggalakkan pertumbuhan interaksi, pilihan, mengenal diri dan perpaduan kelompok
~Mengimbangkan kadar penglibatan dan interaksi ahli menurut keperluan diri dan keperluan kelompok

Wednesday, February 11, 2009

TEPUK DADA TANYA SELERA???




CINTA


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka




Monday, February 9, 2009

Wanita Itu Sendiri Adalah Rahsia...



Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita
cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik
atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

"PEREMPUAN...AKAL SETIPIS RAMBUT..."


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali.

Monday, January 12, 2009

MENANGIS: SeNsiTiF @ LeMbiK??

JARANG-JARANG rasanya dapat melihat lelaki menitiskan air mata tetapi hakikatnya, mereka juga menangis. Mungkin ramai lelaki, yang egonya keterlaluan, menafikannya kenyataan ini tetapi usahlah membuang masa, sudah terang lagi mahu bersuluh, lelaki juga menangis! Ramai lelaki tidak mahu mengakui yang hati mereka mudah tersentuh, mata mudah bergenang, senang terasa sebak lalu menitiskan air mata kerana kononnya lelaki yang menangis, tidak macho (tidak jantan). Relevankah? Cuba kita perhatikan sekeliling, tidak perlu jauh, perhatikan bapa atau datuk, abang juga adik lelaki, paling tidak teman lelaki atau suami, betapa mudah juga mereka berasa sebab, menitiskan air mata, petanda mereka juga manusia biasa, tiada yang luar biasa, ada emosi, punya rasa.

"Lelaki yang kata mereka tidak menangis kerana kononnya kalau menangis tidak macho, pada saya mereka 'bodoh'. Hal emosi, suka, gembira, duka, apatah lagi menangis tiada kena-mengena dengan soal macho, kejantanan atau kelakian. "Lelaki juga ada hak dan berhak menangis. Ia membabitkan hal keperimanusiaan, soal hati dan perasaan, tidak kira yang gembira atau menyedihkan," kata Azhar Khairuddin, 46. Azhar yang bertugas sebagai Pengarah Urusan mengakui dia seorang lelaki yang amat mudah menitiskan air mata.

Hal membabitkan kanak-kanak juga orang tua amat mudah membuat hatinya tersentuh dan tanpa disedari air mata menitis membasahi pipi. Bagi Azhar, sifatnya itu bukan sesuatu yang memalukan malah dia bangga berperasaan begitu kerana ia menandakan ia seorang manusia yang sensitif dan berhati perut. "Kisah kanak-kanak didera dan orang tua yang dihantar ke pusat penjagaan orang tua paling mudah membuat saya sebak. Saya sering bertanya pada diri sendiri manusia bagaimana yang sanggup menganiaya dan mendera kanak-kanak begitu kejam dan anak bagaimana yang sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua. "Pada saya, jawapan mahukan ibu bapa mendapat penjagaan lebih baik di rumah orang tua langsung tidak boleh diterima. Kita sebagai anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa sampai bila-bila sebagaimana ibu bapa menjaga kita kalan senang mahupun susah," katanya yang pernah 'memukul' adiknya gara-gara meninggikan sedikit suara ketika bercakap dengan ibu satu ketika dulu.

Selain isu kanak-kanak dan orang tua, Azhar yang pernah mengetuai misi bantuan kemanusiaan pemuda Umno di Afghanistan beberapa tahun lalu, juga mudah tersentuh dalam perkara berkaitan semangat patriotisme. Penulis yang juga mengikuti misi berkenaan bersama Azhar, menyaksikan 'kelembutan' hati beliau dengan mata kepala sendiri. Dalam semangat berkobar menyanyikan lagu Negaraku, air matanya meleleh membasahi pipi. Satu perkara yang lebih menggelikan hati mengenai Azhar, dia juga tidak boleh mendengar apatah lagi menyanyikan lagu raya bertajuk Satu hari di Hari Raya nyanyian bertajuk M Nasir. "Terutama liriknya yang berbunyi Ku lihat wajah suci ibuku, Ku lihat wajah kasih ayahku, Ku gembira, Mungkin inilah dia kebahagiaan, ia benar-benar menyentuh hati saya," katanya yang juga menitiskan air mata tiap kali takbir raya bergema.
Jurutera, Rashdan Rosli, 37, juga seperti Azhar. Tidak langsung terfikir kelelakiannya tercabar hanya kerana tidak lokek menitiskan air mata. Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang sensitif, Rashdan bukan saja menangis ketika sedih malah saat gembira juga mampu membuatkan beliau menitiskan air mata. "Saya menangis sedih paling teruk ketika datuk meninggal dunia pada 1997 dulu. Saya amat rapat dengannya dan pemergiannya membuatkan saya rasa kehilangan sesuatu yang amat berharga. "Saya juga menangis gembira ketika lulus ujian kejuruteraan dulu. Terlalu gembira. Kesimpulannya, tidak bermakna apabila lelaki menangis, lelaki itu tak kuat, tak 'jantan', tak macho, cuma hati tersentuh dengan sesuatu kejadian," katanya yang mudah menitiskan air melihat kanak-kanak dianiaya dan didera.
Nyata Azhar dan Rashdan manusia normal jika melihat pada penjelasan pakar psikiatri University of Minnesota, Dr William Frey seperti dipetik daripada Wikipedia. Katanya, dalam soal menangis, tiada beza antara lelaki dan wanita. lelaki dan wanita mengalami tekanan emosi yang serupa dan lelaki seperti wanita juga berhak untuk menangis supaya jiwanya tidak tertekan. Cuma, katanya, lelaki sengaja menahan air matanya supaya tampak perkasa dan jantan. Ia berkaitan dengan cara didikan. lelaki diajar tidak boleh menangis, mereka harus menahan rasa sedih dan menitiskan air mata. "Kalau perempuan menangis, ia perkara biasa. Anggapan ini semua hanyalah satu budaya, yang diamalkan turun-temurun.
Hakikatnya, lelaki juga menangis apabila berlakus esuatu yang menyentuh hati mereka. Malah, dalam keadaan tertentu, mereka boleh menangis tersedu-sedu seperti anak kecil," katanya. Oleh itu, lelaki, jejaka sekalian, jangan takut untuk menangis. Ia perkara yang perlu dilakukan. Buat apa menahan sedih hingga terasa sebab di dada. takut dianggap lembik, tidak macho oleh wanita? Jangan! Itu tindakan dan andaian yang salah.
INFO: Menangis Menangis adalah satu akitiviti normal manusia. Tidak kira anda lelaki atau wanita, kedua-duanya mempunyai hak yang sama untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata. Ada bermacam-macam jenis `menangis’ dan semuanya mempunyai kaitan dengan faktor psikologi, kimia dan komposisi hormon. Mata juga boleh bergenang, berair dan merembeskan air mata ketika memotong bawang umpamanya; air mata meleleh ketika mengalami saat sukar atau sekadar mengimbas kembali kenangan dan pengalaman pahit. Air mata yang bergenang adakalanya diikuti dengan tangisan yang lebih kuat hingga tersedu-sedu seperti kanak-kanak. Kajian menunjukkan ramai yang tertekan berasa lega selepas menangis begini. Inilah yang dikatakan 'tangisan yang berkesan', memberi kesan yang baik pada emosi seseorang sebagaimana ketawa

PrOgRaM ReALiTi...

Beberapa tahu kebelakangan ini kita sering disajikan dengan pelbagai rancangan hibutan berbentuk realiti tv...sebut saja rancangan Akademi Fantasia(AF), One In a Million(OIM), Gang Starz, Sehati Berdansa dan seumpama dengannya pasti semua akan sibuk bercerita tentang artis-artis yang menjadi pilihan masing-masing...dari yang berumur setahun jagung hinggalah yang telah senja, masing-masing sibuk bercerita pasal program realiti...lebih malang lagi apabila mereka sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk mempastikan artis pilihan mereka tidak tersingkir bagi melayakkan diri ke peringkat yang seterusnya...malah,ada dalam kalangan kita juga yang tidak segan silu menangis apabila episod penyingkiran berlaku...tidak sedarkah kita bahawa itu semua adalah antara strategi pihak penganjur untuk mengaut keuntungan semata-mata...melihatkan situasi sekarang, secara jujurnya saya berasa sangat bimbang...apa tidaknya, peserta-peserta yang menyertai program ini semuanya masih muda belia...mereka sepatutnya meneruskan pengajian sehingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi...betul, memang tidak semua peserta tersebut terdiri daripada mereka yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi...ada dalam kalangan mereka yang cukup setakat tamat persekolahan sahaja..namun bukan ini yang menjadi persoalannya sekarang kerana alangkah eloknya jika anak-anak yang masih dibangku sekolah dibekalkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang mencukupi sebagai bekalan untuk menghadapi cabaran globalisasi pada masa hadapan...lebih menyedihkan apabila segelintir ibu bapa sanggup bersusah payah untuk menghantar anak-anak menyertai uji bakat sesuatu program realiti dengan alasan 'mengasah bakat'...namun, apa sangatlah bakat dalam bidang hiburan berbanding bakat untuk bergelar pemimpin negara kelak...sedarlah...kita semua sedang lalai apabila disogokkan dengan pelbagai program realiti pada masa sekarang...lebih menyedihkan apabila para pelajar IPT dan kanak-kanak sekolah turut terlibat dengan program-program yang melalaikan di media massa...berhibur tidak salah, namun jika ia dilakukan secara berlebihan ia mungkin akan memudaratkan kita semua terutamanya generasi muda yang tentunya bakal menjadi pelapis negara kelak...fikir-fikirkanlah...

Saturday, January 10, 2009

LeLaKi PiLiHaN AnDa??? TePuK DaDa TaNyA SeLeRa...

Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup bukan semudah memilih baju untuk hadir majlis hari jadi. Jika baju, tak suka yang itu, pilih saja yang ini. Kalau warnanya seperti tidak match, pilih saja warna yang lain. Bagaimana hendak mengenal lelaki yang sesuai, baik dan serasi? Persoalan ini memang patut menghantui setiap orang sebab tersalah pilih, hidup akan menjadi amat tidak selesa. Macam-macam perkara boleh ditimbulkan oleh sang lelaki, tatkala dia sudah pun bergelar suami. Tidak semudah menukar baju jika ingin lari darinya. Malah dia bagaikan baju plastik yang melekat di badan.
1. Bagaimana Agamanya
Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama, (terutama sembahyang fardu), usahlah harapkan sesuatu yang menarik daripadanya. Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan semuanya, tetapi tanpa haluan menuju ketuhanan, dia bukanlah pilihan terbaik. Betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik, tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. Agama diturunkan untuk memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk selamat. Dalam soal ini tiada siapa terkecuali.
2. Bagaimana Dia Melayani Ibu Bapanya
Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya. Anda boleh lihat dengan jelas akan hal ini. Jika dia menangguhkan pulang ke kampung semata-mata untuk anda, dia bukanlah seorang family man, lantas bukanlah calon terbaik untuk menepati ciri-ciri lelaki pilihan. Seorang lelaki yang mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang yang boleh diharap.
3. Bagaimana Dia Berkelakuan Sewaktu Bersama Anda
Jika dia demand beberapa hal yang tidak munasabah dan “tidak boleh” sebelum masanya, dia bukanlah lelaki yang terbaik. Cinta tidak perlu dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang yang membawa kemurkaan TUHAN. Ramai wanita silap dalam menafsirkan pengorbanan cinta. Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang sejati, tetapi tidak usah hingga terkorban diri. Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi.
4. Bagaimana Keluarga Melayaninya
Jika boleh dapatkanlah latarbelakang keluarganya. Keluarga yang rosak dan porak peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak dan juga porak peranda. Perhati juga bagaimana keluarga melayaninya. Jika keluarga baik terhadapnya, itu menandakan dia baik terhadap keluarga.
5. Siapa Sahabatnya
Bagi mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya. Sahabatnya adalah cermin untuk dirinya. Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka yang baik budi pekerti serta boleh diharap, dia juga sama. Sebaliknya jika dia hanya bergaul dengan orang yang rosak akhlak, dia juga mungkin tidak terkecuali.
6. Apakah Kegiatan Hidupnya
Jika dialah pilihan anda dan putus untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan, usah ambil mudah tentang aktiviti hidupnya, maksud saya pekerjaan serta kegemaran serta wawasannya. Ini penting sekali sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa kegiatan hidupnya serta apa kegemarannya juga apa wawasannya. Pastikan dia mempunyai pekerjaan, tidak semestinya makan gaji, perniagaan juga baik. Pertanian, perladangan, penternakan dan juga perikanan juga baik. Semua itu bidang pekerjaan yang mulia. Ramai orang tidak kisah dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu di alam percintaan, kemudian menanggung derita setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya dia tiada pekerjaan, pemalas bahkan penagih dadah. Sukailah dia dan sukailah pekerjaannya, selagi halal, adalah mulia di sisi ALLAH.
7. Lihatlah Diri Anda Sendiri
Lihatlah diri anda sendiri. Bagaimana lelaki yang anda inginkan begitulah diri anda sebenarnya. Jika anda memiliki akhlak yang baik, dia semestinya juga begitu. Jarang orang yang tidak sama peribadi boleh menjalin hubungan intim dan penuh persefahaman.

Oh KaWeN...

Sekarang ni saya dan kawan-kawan sudah berada pada semester 6...semester yang dianggap agak panas...he3...bukan apa, dipenghujung semester ni ramai yang sibuk nak bertunang la...merancang nak berkahwin la... jangan terkejut jika ramai dalam kalangan kawan-kawan kita ni yang sudah pun menjadi tunangan orang...oppss,he3...jika dilihat situasi sekarang ni seolah-olah sudah menjadi satu trend warga UPSI, masuk je semester akhir sibuk nak fikirkan pasal kahwin...alasannya???tak mahu dipostingkan jauh-jauh...he2..sesetengah orang berpendapat UPSI ni sebagai Universiti Pertemuan Suami Isteri...ramai pasangan-pasangan dari UPSI yang berjaya membina mahligai impian masing-masing...Tengok saja En.Mat Nor Idris kita sebagai contoh..Opsss..En. Aziz Yatim cakap, sudah tiba masanya pelajar-pelajar buka mata untuk mencari pasangan bagi yang belum ada...bagi yang belum ada pasangan juga katanya, semester 6 boleh menimbulkan kerisauan kerana para pelajar masih ada satu semester lagi untuk meninggalkan kehidupan di kampus...hmm...walau bagaimanapun itu hanyalah pendapat peribadi beliau sendiri...kadang-kadang benda ni juga bergantung pada kekuatan akal fikiran serta diri individu itu sendiri...saya percaya jodoh juga perlu dicari dan tidak mengharapkan dia datang bergolek di depan mata...fikir-fikirkan lah...bagi yang sudah berteman tak kira dari kalangan warga UPSI juga ataupun tidak, saya ucapkan tahniah dan semoga kalian semua berbahagia...namun bagi yang masih belum 'bertemu' calon pilihan...jangan risau-risau ya...perjalanan kita masih lagi panjang...banyak lagi perkara yang bakal kita tempuhi kelak...bagi yang masih lagi tercari-cari calon pilihan hati, teruskanlah usaha anda semoga apa yang anda impikan berjaya dicapai...