Monday, January 12, 2009

PrOgRaM ReALiTi...

Beberapa tahu kebelakangan ini kita sering disajikan dengan pelbagai rancangan hibutan berbentuk realiti tv...sebut saja rancangan Akademi Fantasia(AF), One In a Million(OIM), Gang Starz, Sehati Berdansa dan seumpama dengannya pasti semua akan sibuk bercerita tentang artis-artis yang menjadi pilihan masing-masing...dari yang berumur setahun jagung hinggalah yang telah senja, masing-masing sibuk bercerita pasal program realiti...lebih malang lagi apabila mereka sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk mempastikan artis pilihan mereka tidak tersingkir bagi melayakkan diri ke peringkat yang seterusnya...malah,ada dalam kalangan kita juga yang tidak segan silu menangis apabila episod penyingkiran berlaku...tidak sedarkah kita bahawa itu semua adalah antara strategi pihak penganjur untuk mengaut keuntungan semata-mata...melihatkan situasi sekarang, secara jujurnya saya berasa sangat bimbang...apa tidaknya, peserta-peserta yang menyertai program ini semuanya masih muda belia...mereka sepatutnya meneruskan pengajian sehingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi...betul, memang tidak semua peserta tersebut terdiri daripada mereka yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi...ada dalam kalangan mereka yang cukup setakat tamat persekolahan sahaja..namun bukan ini yang menjadi persoalannya sekarang kerana alangkah eloknya jika anak-anak yang masih dibangku sekolah dibekalkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang mencukupi sebagai bekalan untuk menghadapi cabaran globalisasi pada masa hadapan...lebih menyedihkan apabila segelintir ibu bapa sanggup bersusah payah untuk menghantar anak-anak menyertai uji bakat sesuatu program realiti dengan alasan 'mengasah bakat'...namun, apa sangatlah bakat dalam bidang hiburan berbanding bakat untuk bergelar pemimpin negara kelak...sedarlah...kita semua sedang lalai apabila disogokkan dengan pelbagai program realiti pada masa sekarang...lebih menyedihkan apabila para pelajar IPT dan kanak-kanak sekolah turut terlibat dengan program-program yang melalaikan di media massa...berhibur tidak salah, namun jika ia dilakukan secara berlebihan ia mungkin akan memudaratkan kita semua terutamanya generasi muda yang tentunya bakal menjadi pelapis negara kelak...fikir-fikirkanlah...

0 comments: