APAKAH KAUNSELING??
Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan merupakan aktiviti memberi nasihat . Dalam proses menolong , seorang kaunselor akan membina satu perhubungan yang profesional dengan klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangannya kebolehan , kemampuan dan keupayaannya . Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi hidupnya. Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti hidupnya lalu boleh membuat rancangan untuk masa depannya.
BIDANG TUGAS GURU DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Tugas-tugas yang dijalankan adalah berdasarkan kepada 10 jenis khidmat utama program bimbingan yang dijalankan di sekolah. Penerangan tugas yang disenaraikan seperti yang berikut ini bukan mengikut keutamaan. Keutamaan tugas bergantung kepada keadaan dan keperluan pelajar, sekolah dan komuniti di mana program bimbingan itu diadakan.
KETUA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
(Guru yang terlatih dalam bidang bimbingan dan kaunseling secara khusus. Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang sudah mendapat latihan secara khusus dalam bidang bimbingan dan kaunseling dari Maktab Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Sultan Idris, Institut Perguruan Darul Aman, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia, dan universiti-universiti di luar dan di dalam negeri yang lain).
0 comments:
Post a Comment